Sunday, 4 December 2016

PUISI -PUNTING-

PUISI  (PUNTING)


Gerak langkahnya perlahan,
Terasa pukulan lembut bisikan angin di pipi,
Tergelak kecil sang wanita,
Menanti kehadiran si jejaka,
Membetulkan helaian rambut di dahi,
Terbit senyuman lebar,
Cantik.
Tetap menanti si jejaka di pinggir laut,
Sepuluh musim luruh berlalu umpama siang bertukar malam,
Tetap setia menanti,
Walaupun ketahuan olehnya ketidak hadiran sang jejaka,
Namun ketahuan oleh sang kekasih,
Si gadis setia di pinggir laut,
Sang jejaka menanti di sisi sang Pencipta,
Tunggu dan terus setia menunggu.



NOVEL INDIE

NOVEL INDIE

                                    
Pengedaran arus permodenan tidak hanya memperlihatkan perubahan dari segi teknomogi malah dari segi bahan bacaan. Kini, bahan bacaan yang menjadi pilihan terutama para remaja ialah novel indie. Perkataan indie berasal dari perkataan bahasa Inggeris, iaitu singkatan dari independent yang bermaksud bebas, merdeka dan tidak bergantung pada yang lain. Manakala definisi indie secara terminologi pula, ianya belum pernah dikemukakan oleh mana-mana pihak berautoriti di Malaysia secara jelas dan terperinci. Hal ini disebabkan perkataan indie merupakan suatu istilah baru yang tidak pernah dikenali sebelum ini oleh masyarakat tempatan. Melihat keadaan ini, penulis merasakan perlunya dikemukakan pengertian indie yang boleh diterima umum, atau sekurang-kurangnya pengertian tersebut dapat dijadikan asas dalam perbincangan di sini, memandangkan istilah indie ini semakin luas digunakan dalam pelbagai tulisan dan percakapan di Malaysia pada masa kini. Definisi indie sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan kebebasan dari sebarang kongkongan serta majority arus perdana ini diketengahkan kerana ianya dilihat bersesuaian dengan realiti pembawakan dan tindakan pendukung indie itu sendiri yang inginkan kebebasan dalam pelbagai bidang yang diceburi mereka. Pada masa yang sama, penulis menyedari bahawa sikap inginkan kebebasan yang ditonjolkan oleh kumpulan indie itu selalunya berkaitan rapat dengan pengaruh falsafah sesebuah aliran atau ideologi yang telah berjaya membentuk pemikiran mereka sehingga menghasilkan sesuatu tindakan.
Seiring dengan perkembangan tersebut, lebih kurang empat atau lima tahun kebelakangan ini, beberapa syarikat penerbitan telah memulakan langkah drastik dengan menerbitkan buku-buku jenis indie, walaupun aliran indie di Malaysia telah wujud lebih awal dari itu. Sambutan yang menggalakkan dari pembaca terutamanya golongan muda terus meningkatkan serta merancakkan lagi permintaan buku indie di pasaran berbanding bukubuku lain. Malah penulis buku indie juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Namun bagi sesetengah pihak, ada yang merasakan penerbit buku tidak mengikut cara betul untuk menerbitkan buku kerana penggunaan bahasa, watak dan jalan cerita yang terlalu bebas. Sehinggakan ada antara mereka melabelkan buku-buku ini sebagai tidak memenuhi piawaian penulisan yang seharusnya dan lebih malang lagi, apabila ia dikaitkan dengan sampah serta tidak berfaedah. Perkara seperti itu langsung tidak terkesan, lebih-lebih lagi kepada penerbit yang terus memberi peluang kepada penulis untuk berkarya dengan lebih baik serta bebas menyampaikan sesuatu perkara. Jika dahulu, tidak ada satu novel berbahasa Melayu bukan genre cinta yang digenggam pembaca muda, terutama lelaki yang boleh dikatakan mati hidup semula, tidak mengaku membaca buku novel seperti itu. Kini semuanya berubah. Jalanlah ke mana sahaja atau berkunjunglah ke pesta buku, buku-buku daripada penerbit indie inilah yang terus diselak dan dijinjing oleh pembaca muda di mana-mana sahaja. Mungkin hari ini buku keluaran FIXI, Lejen dan sebagainya dikategorikan sebagai indie, tetapi tidak mustahil ia akan mula bergelar arus perdana satu masa nanti.


Wednesday, 30 November 2016

RUJUKAN APA


APA ITU SUMBER RUJUKAN?
Rujukan ialah senarai rujukan yang diberikan di akhir sesuatu penulisan atau karangan ilmiah.Senarai ini hanya menyenaraikan rujukan yang telah digunakan dalam bentuk citasi.

MAKSUD APA?
APA (American Psychological Association) Referencing Style ialah gaya rasmi dalam menyenaraikan sumber rujukan (references) dan citasi (citations).

CARA PENULISAN RUJUKAN BERCETAK DAN ONLINE
A.    CERAMAH

STRUKTUR:
Author, F.M. (Publication Year). Name or title of lecture [file
      format]. Retrieved from URL

CONTOH:
Jacobson, T.E. & Mackey, T. (2013). What’s in the name?:
     Information literacy, metaliteracy, or transliteracy [Powerpoint
     slides]. Retrieved from http://www.slideshare.net/tmackey/acrl-
     2013

B.     FILEM

STRUKTUR:
Pengeluar, F.M. (Penerbit), & Pengarah, F.M. (Pengarah). (Akhbar Tahun).
        Tajuk gambar bergerak [Wayang gambar]. Negara asal: Studio.

CONTOH:
Stiller, B. (Producer) & Ayoade, R. (Director). (2011).
      Submarine.[Motion picture]. United Kingdom: Film4 Productions.

C.    TWEET

STRUKTUR:
Nama pengguna. (Tahun, Bulan Tarikh). Tweet teks. Diambil dari URL.

CONTOH:
jtimberlake. (2014, June 16). USA!
    USA!!. https://twitter.com/jtimberlake/status/478689830667186176.

D.    LAGU

LEMBARAN MUZIK MENGGUNAKAN  KOMPOSER SEBAGAI SEORANG DESKRIPSI/PENGHURAI:

STRUKTUR:
Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York:
     Random House.

LEMBARAN MUZIK MENGGUNAKAN KOMPOSER SEBAGAI DESKRIPSI ATAU PENGHURAI DENGAN TARIKH PENERBITAN ASAL:

STRUKTUR:
Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York:
     Random House. (Original work published 1810).

LEMABARAN MUZIK TIDAK MENGGUNAKAN KOMPOSER SEBAGAI DESKRIPSI ATAU PENGHURAI:
STRUKTUR:
Beethoven, L. (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York: Random
     House.

CONTOH LEMBARAN MUZIK DI DALAM KOLEKSI DENGAN KOMPOSER PENGHURAI
STRUKTUR:
Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. In A.
     Harrington (Ed.), Book of Music. New York: Random House.

LEMBARAN MUZIK DI DALAM KOLEKSI TANPA KOMPOSER PENGHURAI DAN DENGAN TAHUN ASAL DITERBITKAN
STRUKTUR:
Beethoven, L. (2002). Fur Elise [Sheet music]. In A. Harrington (Ed.), Book of Music. New York:
       Random House. (Original work published 1810).

E.     LAPORAN

BERCETAK
STRUKTUR:
Pengarang, F.M. (Tahun Penerbitan). Tajuk laporan (Laporan No. XXX).
      Penerbit Bandar, Negeri: Penerbit.

CONTOH:
Turnitin. (2003). What’s wrong with Wikipedia?: Evaluating the
     sources by students. Oakland, CA: iParadigms, LLC.

ONLINE
STRUKTUR:
Pengarang, F.M. (Tahun Penerbitan). Tajuk laporan (Laporan No. XXX). Diambil daripada laman web nama
     Agency: URL

CONTOH:
Gorbunova, Y. (2013). Laws of attrition: Crackdown on Russia’s civil society after Putin’s return to the presidency. Retrieved
       from Human Rights Watch Website: http://www.hrw.org/sites/default/files/reports/russia0413_ForUpload_o.pdf


F.     TEMURAMAH

STRUKTUR:
Nama akhir, FI. (Tarikh Tahun, Bulan). Jenis Wawancara [e-mel, telefon,
     temuduga peribadi, temu bual peribadi dengan [FI pihak ketiga
     Nama Akhir].

CONTOH:
Cloyd, A. (2014, July 29). Personal interview.

G.    SIARAN TV/RADIO

STRUKTUR:
Writer, F.M. (Writer), & Pengarah, F.M. (Pengarah). (Tahun siaran). tajuk 
         episod [siri televisyen episod]. Dalam F.M. Pengeluar (Penerbit
         eksekutif), nama siri TV. Bandar, Negeri saluran asal: Channel.

CONTOH:
Dick, L. (Writer), & Yaitanes, G. (Director). (2009). Simple
      explanation [Television series episode]. In P. Attanasio (Executive
      producer),House, M.D. Los Angeles, CA: Fox Broadcasting.

H.    VIDEO YOUTUBE

STRUKTUR:
Nama Akhir, F.M. [Nama pengguna]. (Tahun, Bulan Tarikh). Tajuk video.
       [Fail Video]. Diambil dari URL.

CONTOH:
[GEICO Insurance]. (2013, May 22). GEICO hump day camel
      commercial – happier than a camel on Wednesday. [Video
      File]. Retrieved from http://youtu.be/kWBhP0EQ1lA.

I.       LAMAN WEB

BERPENGARANG
STRUKTUR:
Pengarang, F.M. (Tahun, Bulan Tarikh diterbitkan). tajuk artikel. Diambil daripada
      URL

CONTOH:
Limer, E. (2013, October 1). Heck yes! The first free wireless plan is finally
         here. Retrieved from http://gizmodo.com/heck-yes-the-first-free-wireless-
         plan-is-finally-here-1429566597

TIADA PENGARANG
STRUKTUR:
Tajuk artikel. (Tahun, Bulan Tarikh diterbitkan). Diambil daripada URL

CONTOH:
India: Country specific information. (2013, October 3). Retrieved from
         http://travel.state.gov/travel/cis_pa_tw/cis/cis_1139.html

J.      RAKAMAN MUZIKAL

STRUKTUR:
Penulis lagu F.M. (Tahun Copyright). Tajuk lagu [Riwayat F.M. Terakhir (nama /
       kumpulan muzik pelaku)]. Pada tajuk Album [Pengantar rakaman]. City,
       State of label: nama label Rekod.

CONTOH:
Turner, A. (2013). Do I wanna know? [Recorded by Artic Monkeys].

      On AM [MP3 file]. London, England: Domino Records.

PENGALAMAN MENAIKI PANTING





"PANTING"



            Pada 16 Oktober lalu, kami satu kelas bagi subjek Pengantar Penulisan yang seramai 8 orang telah dibawa oleh pensyarah kami iaitu Dr. Hasimah Bt Ismail untuk menaiki panting di sungai UUM. Di sana, kami bergabung dengan dua lagi kumpulan dari kelas yng berlainan. 

           Menurut jurumudi, untuk menaiki panting, kita terlebih dahulu perlu membuat tempahan di SAC berserta bayaran rm10 seorang. Maksimum bilangan untuk menaiki panting adalah seramai sembilan orang termasuklah dengan jurumudi. Sepanjang perjalanan kami telah menyelusuri sungai UUM yang berada di hadapan pintu gerbang UUM atau di belakang dewan kuliah gugusan 6. Pada permulaannya, kami berasa takut untuk menaiki panting tersebut kerana keadaannya yang bergoyang mengikut pergerakan tetapi perasaan itu terubat apabila melihat permandangan sekeliling yang penuh kehijauan dan tenang. Bagi saya, tidak semua pelajar yang berada di UUM telah menaiki panting. Pagi itu,kami menaiki Panting seramai lapan orang sahaja. Sebelum menaiki panting, saya menyangkakan panting seperti rakit tapi setelah menaiki panting ternyata ia lebih selesa berbanding yang lain.Sebelum ini,saya sudah menaiki rakit dan bot tetapi ia agak berbeza dengan panting yang saya naiki kerana ia agak lebih tenang, selesa,dan sambil itu boleh mengambil gambar.







Sunday, 27 November 2016

PENULISAN ILMIAH




APA ITU PENULISAN ILMIAH?

             Penulisan ilmiah ialah karya tulis seorang penulis yang disusun berdasarkan hasil-hasil penelitian ilmiah yang telah dilakukannya. Dari segi definisi yang lain, ia bermaksud karya ilmiah adalah laporan tertulis yang memaparkan hasil penelitian atau pengkajian yang telah dilakukan oleh seseorang atau sebuah kumpulan dengan memenuhi kaedah dan etika keilmuan. Tujuan mempelajari penulisan ilmiah ialah meningkatkan keterampilan dalam mengorganisasikan dan menyajikan fakta secara sistematis, meningkatkan keterampilan dalam menulis berbagai karya tulis serta meningkatkan pengetahuan tentang mekanisme penulisan karangan ilmiah.

Jenis penulisan ilmiah seperti :

  1.  Makalah iaitu karya tulis yang menyajikan suatu masalah yang pembahasannya berdasarkan data di lapangan yang bersifat empiris-objektif (menurut bahasa, makalah berasal dari bahasa Arab yang berarti karangan).
  2. Kertas kerja: makalah yang memiliki tingkat analisis lebih serius, biasanya disajikan dalam lokakarya.
  3. Skripsi: karya tulis ilmiah yang mengemukakan pendapat penulis berdasarkan pendapat orang lain.
  4. Tesis: karya tulis ilmiah yang sifatnya lebih mendalam daripada skripsi.
  5. Disertasi: karya tulis ilmiah yang mengemukakan suatu dalil yang dapat dibuktikan oleh penulis berdasarkan data dan fakta yang sahih dengan analisi yang terinci.
  6. Karya ilmiah ada dua jenis, iaitu karangan ilmiah dan laporan ilmiah.

Saturday, 26 November 2016

PRO DAN KONTRA GELOMBANG DRAMA KOREA DI MALAYSIA




Seperti yang kita tahu semenjak gelodak gelombang drama korea berlaku di Malaysia adalah bermula dengan drama Winter Sonata lakonan hebat Bae Yong-joon dan Choi Ji-woo pada tahun 2002. bermula dari drama ini maka bermulalah gelombang korea di Malaysia sehingga mampu membawa kesan negatif dan juga kesan positif.


PRO

i. Memaparkan tentang sejarah-sejarah yang diolah kepada kisah yang lebih kreatif dan kritis.

Contohnya seperti drama The Faith dan juga Scarlet Heart yang mengisahkan tentang kehidupan diraja dan juga pmbesar-pembesar pada zaman dinasti yang terdahulu. Untuk menerbitkan kisah-kisah mengenai sejarah, mereka telah mendapatkan kelulusan "lesen kreatif". Dari sini kita dapat melihat bagaiman seni-seni pembinaan dinasti yang terdahulu, kelembutan corak pakaian merka bahkan seni persembahan makanan mereka juga adalah menarik.

ii. Memaparkan tentang nilai estitika budaya masyarakat korea. 

Korea merupakan sebuat negara timur yang masih lagi berpegang kepada adat dan juga budaya mereka. contoh yang paling ketara adalah konsep menyapa dengan menundukkan separuh badan mereka. Mereka juga masih mengekalkan dengan konsep tidak memakai selipar di dalam rumah, dalam kebanyakkan drama korea juga bilik tidur merka juga kebanyakkannya masih lagi tidur hanya beralaskan toto seperti adat mereka sebelum ini.

iii. Memperlihatkan tentang perkembangan dan kecanggihan teknologi mereka.

Negara korea merupakan sebuah negara yang sangat maju dan juga canggih dengan dunia teknologi. KOrea merupakan pemilik kepada jenama Samsung, Hyundai dan juga sebagainya. Jika kita perhatikan dalam kebanyakan drama korea mereka akan menggunakan produk negara mereka sendiri seperti telefon bimbit Samsung, laptop Samsung dan juga kehreta Hyudai.

KONTRA
i. Perubahan kreatif terhadap drama yang berkisarkan tentang sejarah boleh merubah persepsi masyarakat daripada positif kepada negatif.


Kebanyakan drama korea adalah mengisahkan tentang kekuatan seserang pahlawan dan juga kekuasaan sesebuah empayar pada zaman dinasti terdahulu, dan terdapat perubhan kreatif dengan menambahkan unsur-unsur cinta, contohnya seperti drama The Great Doctor yang mengisahkan tentang pahawan pada dinasti Goreo Young Do yang gagah perkasa dan seorang yang disegani. Berdasarkan sejarah, Young Do sehingga akhir hayatnya tidak mengahwini mana-mana wanita bahkan seorang yang tidak pernah bercinta, namun disebabkan berlakunya perubahkan kreatif pada drama, di wujudkan watak Hye Yo seorang doktor pada waktu kini berhijrah kepada masa lalu dan berkhawin dengan Young Do. Jika penonton adalah seorang "malas" untuk melakukan kajian terhadap drama yang dilihat kemungkinan akan berlaku perbahan persepsi tentang watak sebenar Young Do pada zaman dahulu dengan watak Young Do di dalam drama.

ii. Penonton terlalu taksub dengan drama korea.

Negara korea adalah sebuah negara yang kreatif dan sentiasa berkembang dari segi perkembangan fesyen dan juga teknologi. Jika kita lihat pemakaian artis-artis mereka adalah tidak sesuai jika dibandingkan budaya dan juga agama di negara Malaysia. Pemakaian yang terlalu seksi dapat mengundang pelbagai kesan negatif seperti pencabulan dan juga rogol.

iii. Menyebabkan peningkatan masalah gejala soasial dalam kalangan anak muda.

Drama korea  bnayk memaparkan babak pemabuk, dan juga minum aak secara terbuka, mungkin di negara perkara ini merupakan lumbah namun di negara kita ianya menjadi kesalh terutamanya bagi remaja bawah umur. Jika mereka terlampau kerap menonton kebarangkalian besar untuk mereka terikut adalah tinggi terutamanya bagi remaja dibandar yang lebih senang untuk mendapatkan barang terlarang.

Monday, 21 November 2016

SANDWICH TELUR


CARA-CARA MEMBUAT SANDWICH TELUR



BAHAN-BAHAN

12 KEPING ROTI ( JENAMA GARDENIA )
4 BIJI TELUR GRED A 
MAYONIS ( JENAMA LADY'S CHOICE )
6 KEPING DAUN SALAD ( DICUCI DAN DITOSKAN )
2 BIJI TOMATO ( DICUCI )

CARA-CARA
1. REBUS TELUR SEHINGGA MASAK
2. KUPAS KULIT TELUR YANG TELAH DIREBUS
3. POTONG TOMATO BULAT
4. POTONG DAUN SALAD
5. LETAK TELUR DI ATAS ROTI BERSAMA-SAMA TOMATO DAN DAUN DALAD,      
    KAPITKAN BERSAMA KEPINGAN ROTI LAIN

6. SEDIA UNTUK DIMAKAN