Saturday, 26 November 2016

PRO DAN KONTRA GELOMBANG DRAMA KOREA DI MALAYSIA




Seperti yang kita tahu semenjak gelodak gelombang drama korea berlaku di Malaysia adalah bermula dengan drama Winter Sonata lakonan hebat Bae Yong-joon dan Choi Ji-woo pada tahun 2002. bermula dari drama ini maka bermulalah gelombang korea di Malaysia sehingga mampu membawa kesan negatif dan juga kesan positif.


PRO

i. Memaparkan tentang sejarah-sejarah yang diolah kepada kisah yang lebih kreatif dan kritis.

Contohnya seperti drama The Faith dan juga Scarlet Heart yang mengisahkan tentang kehidupan diraja dan juga pmbesar-pembesar pada zaman dinasti yang terdahulu. Untuk menerbitkan kisah-kisah mengenai sejarah, mereka telah mendapatkan kelulusan "lesen kreatif". Dari sini kita dapat melihat bagaiman seni-seni pembinaan dinasti yang terdahulu, kelembutan corak pakaian merka bahkan seni persembahan makanan mereka juga adalah menarik.

ii. Memaparkan tentang nilai estitika budaya masyarakat korea. 

Korea merupakan sebuat negara timur yang masih lagi berpegang kepada adat dan juga budaya mereka. contoh yang paling ketara adalah konsep menyapa dengan menundukkan separuh badan mereka. Mereka juga masih mengekalkan dengan konsep tidak memakai selipar di dalam rumah, dalam kebanyakkan drama korea juga bilik tidur merka juga kebanyakkannya masih lagi tidur hanya beralaskan toto seperti adat mereka sebelum ini.

iii. Memperlihatkan tentang perkembangan dan kecanggihan teknologi mereka.

Negara korea merupakan sebuah negara yang sangat maju dan juga canggih dengan dunia teknologi. KOrea merupakan pemilik kepada jenama Samsung, Hyundai dan juga sebagainya. Jika kita perhatikan dalam kebanyakan drama korea mereka akan menggunakan produk negara mereka sendiri seperti telefon bimbit Samsung, laptop Samsung dan juga kehreta Hyudai.

KONTRA
i. Perubahan kreatif terhadap drama yang berkisarkan tentang sejarah boleh merubah persepsi masyarakat daripada positif kepada negatif.


Kebanyakan drama korea adalah mengisahkan tentang kekuatan seserang pahlawan dan juga kekuasaan sesebuah empayar pada zaman dinasti terdahulu, dan terdapat perubhan kreatif dengan menambahkan unsur-unsur cinta, contohnya seperti drama The Great Doctor yang mengisahkan tentang pahawan pada dinasti Goreo Young Do yang gagah perkasa dan seorang yang disegani. Berdasarkan sejarah, Young Do sehingga akhir hayatnya tidak mengahwini mana-mana wanita bahkan seorang yang tidak pernah bercinta, namun disebabkan berlakunya perubahkan kreatif pada drama, di wujudkan watak Hye Yo seorang doktor pada waktu kini berhijrah kepada masa lalu dan berkhawin dengan Young Do. Jika penonton adalah seorang "malas" untuk melakukan kajian terhadap drama yang dilihat kemungkinan akan berlaku perbahan persepsi tentang watak sebenar Young Do pada zaman dahulu dengan watak Young Do di dalam drama.

ii. Penonton terlalu taksub dengan drama korea.

Negara korea adalah sebuah negara yang kreatif dan sentiasa berkembang dari segi perkembangan fesyen dan juga teknologi. Jika kita lihat pemakaian artis-artis mereka adalah tidak sesuai jika dibandingkan budaya dan juga agama di negara Malaysia. Pemakaian yang terlalu seksi dapat mengundang pelbagai kesan negatif seperti pencabulan dan juga rogol.

iii. Menyebabkan peningkatan masalah gejala soasial dalam kalangan anak muda.

Drama korea  bnayk memaparkan babak pemabuk, dan juga minum aak secara terbuka, mungkin di negara perkara ini merupakan lumbah namun di negara kita ianya menjadi kesalh terutamanya bagi remaja bawah umur. Jika mereka terlampau kerap menonton kebarangkalian besar untuk mereka terikut adalah tinggi terutamanya bagi remaja dibandar yang lebih senang untuk mendapatkan barang terlarang.

No comments:

Post a Comment