"PANTING"
Pada 16 Oktober lalu, kami satu kelas bagi subjek Pengantar Penulisan yang seramai 8 orang telah dibawa oleh pensyarah kami iaitu Dr. Hasimah Bt Ismail untuk menaiki panting di sungai UUM. Di sana, kami bergabung dengan dua lagi kumpulan dari kelas yng berlainan.
Menurut jurumudi, untuk menaiki panting, kita terlebih dahulu perlu membuat tempahan di SAC berserta bayaran rm10 seorang. Maksimum bilangan untuk menaiki panting adalah seramai sembilan orang termasuklah dengan jurumudi. Sepanjang perjalanan kami telah menyelusuri sungai UUM yang berada di hadapan pintu gerbang UUM atau di belakang dewan kuliah gugusan 6. Pada permulaannya, kami berasa takut untuk menaiki panting tersebut kerana keadaannya yang bergoyang mengikut pergerakan tetapi perasaan itu terubat apabila melihat permandangan sekeliling yang penuh kehijauan dan tenang. Bagi saya, tidak semua pelajar yang berada di UUM telah menaiki panting. Pagi itu,kami menaiki Panting seramai lapan orang sahaja. Sebelum menaiki panting, saya menyangkakan panting seperti rakit tapi setelah menaiki panting ternyata ia lebih selesa berbanding yang lain.Sebelum ini,saya sudah menaiki rakit dan bot tetapi ia agak berbeza dengan panting yang saya naiki kerana ia agak lebih tenang, selesa,dan sambil itu boleh mengambil gambar.

No comments:
Post a Comment