TEKNIK PENCERITAAN DALAM PENULISAN KREATIF
Kecekalan yang digambarkan ialah hubungan seorang insan yang mencari sinar hidayah. Seseorang haruslah kembali semula ke sinar Allah s.w.t apabila merasakan dirinya semakin hanyut dibuai syurga dunia sehingga semakin menjauh dari Allah s.w.t. Kisah ini mengisarkan tentang Halim, seorang jejaki yang berusia 26 tahun yang masih tinggal bersama ibunya, Puan Salmah. Halim hanyalah seorang yang mempunyai lulusan dalam bidang arkitek, namun dia terpaksa melupakan hasrat untuk teruskan bekerja dalam bidang tersebut apabila mengenangkan ibunya yang terpaksa tinggal bersendirian jika dia bekerja di bandar. Puan Salmah ialah seorang janda yang kematian suaminya 15 tahun dahulu dan tinggal di rumah usang peninggalan arwah suaminya di kampung. Puan Salmah seringkali menasihati anaknya untuk teruskan bekerja dalam bidang kelulusannya kerana bimbangkan masa hadapan anaknya jika anaknya teruskan perkerjaan dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti mengerjakan sawah dan menoreh. Hidup mereka anak beranak tidaklah terlalu mewah kerana mereka hanya mempunyai sebuah rumah usang yang menjadi tempat berteduh dan tanah yang berkeluasan sekangkang kera. Pada suatu hari, Halim didatangi bapa saudaranya iaitu abang kepada emaknya, Dato’ Sukri. Dato’ Sukri datang menemuinya kerana berhasrat untuk mengambilnya bekerja di salah sebuah syarikatnya.
Setelah tiga hari berlalu, Halim telah menerima permintaan bapa saudaranya yang mahukannya bekerja di Kuala Lumpur. Hari yang dinanti telah tiba, Halim berangkat ke Kuala Lumpur dengan hati yang berat kerana terpaksa meninggalkan ibunya dan Halim telah menanam tekad dalam dirinya untuk membawa ibunya tinggal dengannya setelah dia berjaya mempunyai rumah.Walaupun berjauhan dengan ibunya, Halim akan memastikan dirinya menelefon ibunya setiap hari untuk menanyakan khabar ibunya. Halim hanya mampu untuk pulang ke kampung untuk melawat ibunya sebanyak tiga kali semenjak bekerja di Kuala Lumpur kerana kesibukkannya dalam menguruskan pekerjaannya.
Namun,
langit tidak selalunya cerah. Kejayaan Halim yang berjaya mengendalikan projek
yang bernilai jutaan ringgit serta semakin mendapat mendapat kepercayaan ahli
golongan korporat terkenal tanah air menyebabkan seseorang berasa iri hati.
Haziq ialah rakan sekerja Halim di pejabat. Haziq boleh dikatakan rakan karib
Halim di Kuala Lumpur kerana sering membantu Halim jika mengalami kesusahan.
Namun, dalam diam Haziq dengkikan pencapai Halim walaupun Halim tidak pernah
melakukan kesalahan terhadapnya malahan Halim sendiri telah mengaku yang dia
telah menganggap Haziq seperti adiknya sendiri. Pengakuan suci Halim seolah dipandang
lekeh oleh Haziq dalam diam kerana hatinya telah dipenuhi dengan dendam dan
dengki terhadap Halim. Dalam diam Haziq telah merencanakan pelbagai rancangan
jahat untuk memusnahkan kerjaya Halim yang semakin cemerlang itu.
Satu kejadian telah mengemparkan ibu syarikat milik Dato’ Sukri. Sebuah
bangunan telah runtuh. Lebih malang, bangunan tersebut ialah projek di bawah
kendalian Halim. Kejadian tersebut turut menyebabkan lima orang pekerja
Indonesia meninggal dua manakala dua orang lagi dikejarkan ke hospital kerana
cedera parah dihempap batu dan dinding bangunan yang runtuh itu. Halim menjadi
cuak dan panik. Hasil pemeriksaan mendapati bahan binaan yang digunakan untuk
membina bangunan tersebut adalah dari bahan yang bermutu rendah serta tidak
berkualiti. Selang dua hari, sebuah kejadian yang sama turut berlaku. Kejadian
tersebut tidak menyebabkan sebarang kematian namuna lima orang pekerja
dilaporkan cedera semasa bangunan tersebut runtuh. Halim merasa gementar kerana
bangunan kedua yang runtuh itu juga adalah bangunan dibawah kendaliannya. Halim
telah ditangkap polis hasil tuduhan menyebabkan kecuaian. Nasib malang Halim
tidak berhenti begitu sahaja, dia juga dituduh melakukan pecah amanah kerana
sejumlah besar wang telah ditemui dalam akaun simpanan peribadinya. Halim terus
menerus menafikan dia melakukan perkara jahat seperti itu.
Dato’
Sukri telah mengupah seorang penyiasat persendirian untuk menyiasat akan hal
ini. Halim di lokap berterusan menidakkan setiap kali disoal siasat oleh pihak
polis. Beberapa bukti telah ditemui hasil siasatan polis dan Dato’ Sukri juga
telah mendapat bukti penting hasil siasatan penyiasat upahannya. Semua kejadian
yang berlaku didalangi oleh Haziq. Sejumlah besar wang yang ditemui dalam akaun
simpanan peribadi Halim juga adalah hasil kerja Haziq. Hal ini kerana, salah
seorang pekerja syarikat telah terlihat Haziq membawa keluar fail projek secara
sembunyi-sembunyi. Halim telah dibebaskan. Lima bulan selepas itu, Haziq telah
didapati bersalah dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan denda
sebanyak RM500,000.
No comments:
Post a Comment