Wednesday, 30 November 2016

RUJUKAN APA


APA ITU SUMBER RUJUKAN?
Rujukan ialah senarai rujukan yang diberikan di akhir sesuatu penulisan atau karangan ilmiah.Senarai ini hanya menyenaraikan rujukan yang telah digunakan dalam bentuk citasi.

MAKSUD APA?
APA (American Psychological Association) Referencing Style ialah gaya rasmi dalam menyenaraikan sumber rujukan (references) dan citasi (citations).

CARA PENULISAN RUJUKAN BERCETAK DAN ONLINE
A.    CERAMAH

STRUKTUR:
Author, F.M. (Publication Year). Name or title of lecture [file
      format]. Retrieved from URL

CONTOH:
Jacobson, T.E. & Mackey, T. (2013). What’s in the name?:
     Information literacy, metaliteracy, or transliteracy [Powerpoint
     slides]. Retrieved from http://www.slideshare.net/tmackey/acrl-
     2013

B.     FILEM

STRUKTUR:
Pengeluar, F.M. (Penerbit), & Pengarah, F.M. (Pengarah). (Akhbar Tahun).
        Tajuk gambar bergerak [Wayang gambar]. Negara asal: Studio.

CONTOH:
Stiller, B. (Producer) & Ayoade, R. (Director). (2011).
      Submarine.[Motion picture]. United Kingdom: Film4 Productions.

C.    TWEET

STRUKTUR:
Nama pengguna. (Tahun, Bulan Tarikh). Tweet teks. Diambil dari URL.

CONTOH:
jtimberlake. (2014, June 16). USA!
    USA!!. https://twitter.com/jtimberlake/status/478689830667186176.

D.    LAGU

LEMBARAN MUZIK MENGGUNAKAN  KOMPOSER SEBAGAI SEORANG DESKRIPSI/PENGHURAI:

STRUKTUR:
Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York:
     Random House.

LEMBARAN MUZIK MENGGUNAKAN KOMPOSER SEBAGAI DESKRIPSI ATAU PENGHURAI DENGAN TARIKH PENERBITAN ASAL:

STRUKTUR:
Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York:
     Random House. (Original work published 1810).

LEMABARAN MUZIK TIDAK MENGGUNAKAN KOMPOSER SEBAGAI DESKRIPSI ATAU PENGHURAI:
STRUKTUR:
Beethoven, L. (2002). Fur Elise [Sheet music]. New York: Random
     House.

CONTOH LEMBARAN MUZIK DI DALAM KOLEKSI DENGAN KOMPOSER PENGHURAI
STRUKTUR:
Beethoven, L. (Composer). (2002). Fur Elise [Sheet music]. In A.
     Harrington (Ed.), Book of Music. New York: Random House.

LEMBARAN MUZIK DI DALAM KOLEKSI TANPA KOMPOSER PENGHURAI DAN DENGAN TAHUN ASAL DITERBITKAN
STRUKTUR:
Beethoven, L. (2002). Fur Elise [Sheet music]. In A. Harrington (Ed.), Book of Music. New York:
       Random House. (Original work published 1810).

E.     LAPORAN

BERCETAK
STRUKTUR:
Pengarang, F.M. (Tahun Penerbitan). Tajuk laporan (Laporan No. XXX).
      Penerbit Bandar, Negeri: Penerbit.

CONTOH:
Turnitin. (2003). What’s wrong with Wikipedia?: Evaluating the
     sources by students. Oakland, CA: iParadigms, LLC.

ONLINE
STRUKTUR:
Pengarang, F.M. (Tahun Penerbitan). Tajuk laporan (Laporan No. XXX). Diambil daripada laman web nama
     Agency: URL

CONTOH:
Gorbunova, Y. (2013). Laws of attrition: Crackdown on Russia’s civil society after Putin’s return to the presidency. Retrieved
       from Human Rights Watch Website: http://www.hrw.org/sites/default/files/reports/russia0413_ForUpload_o.pdf


F.     TEMURAMAH

STRUKTUR:
Nama akhir, FI. (Tarikh Tahun, Bulan). Jenis Wawancara [e-mel, telefon,
     temuduga peribadi, temu bual peribadi dengan [FI pihak ketiga
     Nama Akhir].

CONTOH:
Cloyd, A. (2014, July 29). Personal interview.

G.    SIARAN TV/RADIO

STRUKTUR:
Writer, F.M. (Writer), & Pengarah, F.M. (Pengarah). (Tahun siaran). tajuk 
         episod [siri televisyen episod]. Dalam F.M. Pengeluar (Penerbit
         eksekutif), nama siri TV. Bandar, Negeri saluran asal: Channel.

CONTOH:
Dick, L. (Writer), & Yaitanes, G. (Director). (2009). Simple
      explanation [Television series episode]. In P. Attanasio (Executive
      producer),House, M.D. Los Angeles, CA: Fox Broadcasting.

H.    VIDEO YOUTUBE

STRUKTUR:
Nama Akhir, F.M. [Nama pengguna]. (Tahun, Bulan Tarikh). Tajuk video.
       [Fail Video]. Diambil dari URL.

CONTOH:
[GEICO Insurance]. (2013, May 22). GEICO hump day camel
      commercial – happier than a camel on Wednesday. [Video
      File]. Retrieved from http://youtu.be/kWBhP0EQ1lA.

I.       LAMAN WEB

BERPENGARANG
STRUKTUR:
Pengarang, F.M. (Tahun, Bulan Tarikh diterbitkan). tajuk artikel. Diambil daripada
      URL

CONTOH:
Limer, E. (2013, October 1). Heck yes! The first free wireless plan is finally
         here. Retrieved from http://gizmodo.com/heck-yes-the-first-free-wireless-
         plan-is-finally-here-1429566597

TIADA PENGARANG
STRUKTUR:
Tajuk artikel. (Tahun, Bulan Tarikh diterbitkan). Diambil daripada URL

CONTOH:
India: Country specific information. (2013, October 3). Retrieved from
         http://travel.state.gov/travel/cis_pa_tw/cis/cis_1139.html

J.      RAKAMAN MUZIKAL

STRUKTUR:
Penulis lagu F.M. (Tahun Copyright). Tajuk lagu [Riwayat F.M. Terakhir (nama /
       kumpulan muzik pelaku)]. Pada tajuk Album [Pengantar rakaman]. City,
       State of label: nama label Rekod.

CONTOH:
Turner, A. (2013). Do I wanna know? [Recorded by Artic Monkeys].

      On AM [MP3 file]. London, England: Domino Records.

PENGALAMAN MENAIKI PANTING





"PANTING"



            Pada 16 Oktober lalu, kami satu kelas bagi subjek Pengantar Penulisan yang seramai 8 orang telah dibawa oleh pensyarah kami iaitu Dr. Hasimah Bt Ismail untuk menaiki panting di sungai UUM. Di sana, kami bergabung dengan dua lagi kumpulan dari kelas yng berlainan. 

           Menurut jurumudi, untuk menaiki panting, kita terlebih dahulu perlu membuat tempahan di SAC berserta bayaran rm10 seorang. Maksimum bilangan untuk menaiki panting adalah seramai sembilan orang termasuklah dengan jurumudi. Sepanjang perjalanan kami telah menyelusuri sungai UUM yang berada di hadapan pintu gerbang UUM atau di belakang dewan kuliah gugusan 6. Pada permulaannya, kami berasa takut untuk menaiki panting tersebut kerana keadaannya yang bergoyang mengikut pergerakan tetapi perasaan itu terubat apabila melihat permandangan sekeliling yang penuh kehijauan dan tenang. Bagi saya, tidak semua pelajar yang berada di UUM telah menaiki panting. Pagi itu,kami menaiki Panting seramai lapan orang sahaja. Sebelum menaiki panting, saya menyangkakan panting seperti rakit tapi setelah menaiki panting ternyata ia lebih selesa berbanding yang lain.Sebelum ini,saya sudah menaiki rakit dan bot tetapi ia agak berbeza dengan panting yang saya naiki kerana ia agak lebih tenang, selesa,dan sambil itu boleh mengambil gambar.







Sunday, 27 November 2016

PENULISAN ILMIAH




APA ITU PENULISAN ILMIAH?

             Penulisan ilmiah ialah karya tulis seorang penulis yang disusun berdasarkan hasil-hasil penelitian ilmiah yang telah dilakukannya. Dari segi definisi yang lain, ia bermaksud karya ilmiah adalah laporan tertulis yang memaparkan hasil penelitian atau pengkajian yang telah dilakukan oleh seseorang atau sebuah kumpulan dengan memenuhi kaedah dan etika keilmuan. Tujuan mempelajari penulisan ilmiah ialah meningkatkan keterampilan dalam mengorganisasikan dan menyajikan fakta secara sistematis, meningkatkan keterampilan dalam menulis berbagai karya tulis serta meningkatkan pengetahuan tentang mekanisme penulisan karangan ilmiah.

Jenis penulisan ilmiah seperti :

  1.  Makalah iaitu karya tulis yang menyajikan suatu masalah yang pembahasannya berdasarkan data di lapangan yang bersifat empiris-objektif (menurut bahasa, makalah berasal dari bahasa Arab yang berarti karangan).
  2. Kertas kerja: makalah yang memiliki tingkat analisis lebih serius, biasanya disajikan dalam lokakarya.
  3. Skripsi: karya tulis ilmiah yang mengemukakan pendapat penulis berdasarkan pendapat orang lain.
  4. Tesis: karya tulis ilmiah yang sifatnya lebih mendalam daripada skripsi.
  5. Disertasi: karya tulis ilmiah yang mengemukakan suatu dalil yang dapat dibuktikan oleh penulis berdasarkan data dan fakta yang sahih dengan analisi yang terinci.
  6. Karya ilmiah ada dua jenis, iaitu karangan ilmiah dan laporan ilmiah.

Saturday, 26 November 2016

PRO DAN KONTRA GELOMBANG DRAMA KOREA DI MALAYSIA




Seperti yang kita tahu semenjak gelodak gelombang drama korea berlaku di Malaysia adalah bermula dengan drama Winter Sonata lakonan hebat Bae Yong-joon dan Choi Ji-woo pada tahun 2002. bermula dari drama ini maka bermulalah gelombang korea di Malaysia sehingga mampu membawa kesan negatif dan juga kesan positif.


PRO

i. Memaparkan tentang sejarah-sejarah yang diolah kepada kisah yang lebih kreatif dan kritis.

Contohnya seperti drama The Faith dan juga Scarlet Heart yang mengisahkan tentang kehidupan diraja dan juga pmbesar-pembesar pada zaman dinasti yang terdahulu. Untuk menerbitkan kisah-kisah mengenai sejarah, mereka telah mendapatkan kelulusan "lesen kreatif". Dari sini kita dapat melihat bagaiman seni-seni pembinaan dinasti yang terdahulu, kelembutan corak pakaian merka bahkan seni persembahan makanan mereka juga adalah menarik.

ii. Memaparkan tentang nilai estitika budaya masyarakat korea. 

Korea merupakan sebuat negara timur yang masih lagi berpegang kepada adat dan juga budaya mereka. contoh yang paling ketara adalah konsep menyapa dengan menundukkan separuh badan mereka. Mereka juga masih mengekalkan dengan konsep tidak memakai selipar di dalam rumah, dalam kebanyakkan drama korea juga bilik tidur merka juga kebanyakkannya masih lagi tidur hanya beralaskan toto seperti adat mereka sebelum ini.

iii. Memperlihatkan tentang perkembangan dan kecanggihan teknologi mereka.

Negara korea merupakan sebuah negara yang sangat maju dan juga canggih dengan dunia teknologi. KOrea merupakan pemilik kepada jenama Samsung, Hyundai dan juga sebagainya. Jika kita perhatikan dalam kebanyakan drama korea mereka akan menggunakan produk negara mereka sendiri seperti telefon bimbit Samsung, laptop Samsung dan juga kehreta Hyudai.

KONTRA
i. Perubahan kreatif terhadap drama yang berkisarkan tentang sejarah boleh merubah persepsi masyarakat daripada positif kepada negatif.


Kebanyakan drama korea adalah mengisahkan tentang kekuatan seserang pahlawan dan juga kekuasaan sesebuah empayar pada zaman dinasti terdahulu, dan terdapat perubhan kreatif dengan menambahkan unsur-unsur cinta, contohnya seperti drama The Great Doctor yang mengisahkan tentang pahawan pada dinasti Goreo Young Do yang gagah perkasa dan seorang yang disegani. Berdasarkan sejarah, Young Do sehingga akhir hayatnya tidak mengahwini mana-mana wanita bahkan seorang yang tidak pernah bercinta, namun disebabkan berlakunya perubahkan kreatif pada drama, di wujudkan watak Hye Yo seorang doktor pada waktu kini berhijrah kepada masa lalu dan berkhawin dengan Young Do. Jika penonton adalah seorang "malas" untuk melakukan kajian terhadap drama yang dilihat kemungkinan akan berlaku perbahan persepsi tentang watak sebenar Young Do pada zaman dahulu dengan watak Young Do di dalam drama.

ii. Penonton terlalu taksub dengan drama korea.

Negara korea adalah sebuah negara yang kreatif dan sentiasa berkembang dari segi perkembangan fesyen dan juga teknologi. Jika kita lihat pemakaian artis-artis mereka adalah tidak sesuai jika dibandingkan budaya dan juga agama di negara Malaysia. Pemakaian yang terlalu seksi dapat mengundang pelbagai kesan negatif seperti pencabulan dan juga rogol.

iii. Menyebabkan peningkatan masalah gejala soasial dalam kalangan anak muda.

Drama korea  bnayk memaparkan babak pemabuk, dan juga minum aak secara terbuka, mungkin di negara perkara ini merupakan lumbah namun di negara kita ianya menjadi kesalh terutamanya bagi remaja bawah umur. Jika mereka terlampau kerap menonton kebarangkalian besar untuk mereka terikut adalah tinggi terutamanya bagi remaja dibandar yang lebih senang untuk mendapatkan barang terlarang.

Monday, 21 November 2016

SANDWICH TELUR


CARA-CARA MEMBUAT SANDWICH TELUR



BAHAN-BAHAN

12 KEPING ROTI ( JENAMA GARDENIA )
4 BIJI TELUR GRED A 
MAYONIS ( JENAMA LADY'S CHOICE )
6 KEPING DAUN SALAD ( DICUCI DAN DITOSKAN )
2 BIJI TOMATO ( DICUCI )

CARA-CARA
1. REBUS TELUR SEHINGGA MASAK
2. KUPAS KULIT TELUR YANG TELAH DIREBUS
3. POTONG TOMATO BULAT
4. POTONG DAUN SALAD
5. LETAK TELUR DI ATAS ROTI BERSAMA-SAMA TOMATO DAN DAUN DALAD,      
    KAPITKAN BERSAMA KEPINGAN ROTI LAIN

6. SEDIA UNTUK DIMAKAN






TEKNIK PENCERITAAN DALAM PENULISAN KREATIF


TEKNIK PENCERITAAN DALAM PENULISAN KREATIF



      Kecekalan yang digambarkan ialah hubungan seorang insan yang mencari sinar hidayah. Seseorang haruslah kembali semula ke sinar Allah s.w.t apabila merasakan dirinya semakin hanyut dibuai syurga dunia sehingga semakin menjauh dari Allah s.w.t. Kisah ini mengisarkan tentang Halim, seorang jejaki yang berusia 26 tahun yang masih tinggal bersama ibunya, Puan Salmah. Halim hanyalah seorang yang mempunyai lulusan dalam bidang arkitek, namun dia terpaksa melupakan hasrat untuk teruskan bekerja dalam bidang tersebut apabila mengenangkan ibunya yang terpaksa tinggal bersendirian jika dia bekerja di bandar. Puan Salmah ialah seorang janda yang kematian suaminya 15 tahun dahulu dan tinggal di rumah usang peninggalan arwah suaminya di kampung. Puan Salmah seringkali menasihati anaknya untuk teruskan bekerja dalam bidang kelulusannya kerana bimbangkan masa hadapan anaknya jika anaknya teruskan perkerjaan dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti mengerjakan sawah dan menoreh. Hidup mereka anak beranak tidaklah terlalu mewah kerana mereka hanya mempunyai sebuah rumah usang yang menjadi tempat berteduh dan  tanah yang berkeluasan sekangkang kera. Pada suatu hari, Halim didatangi bapa saudaranya iaitu abang kepada emaknya, Dato’ Sukri. Dato’ Sukri datang menemuinya kerana berhasrat untuk mengambilnya bekerja di salah sebuah syarikatnya.

        Setelah tiga hari berlalu, Halim telah menerima permintaan bapa saudaranya yang mahukannya bekerja di Kuala Lumpur. Hari yang dinanti telah tiba, Halim berangkat ke Kuala Lumpur dengan hati yang berat kerana terpaksa meninggalkan ibunya dan Halim telah menanam tekad dalam dirinya untuk membawa ibunya tinggal dengannya setelah dia berjaya mempunyai rumah.Walaupun berjauhan dengan ibunya, Halim akan memastikan dirinya menelefon ibunya setiap hari untuk menanyakan khabar ibunya. Halim hanya mampu untuk pulang ke kampung untuk melawat ibunya sebanyak tiga kali semenjak bekerja di Kuala Lumpur kerana kesibukkannya dalam menguruskan pekerjaannya.

          Namun, langit tidak selalunya cerah. Kejayaan Halim yang berjaya mengendalikan projek yang bernilai jutaan ringgit serta semakin mendapat mendapat kepercayaan ahli golongan korporat terkenal tanah air menyebabkan seseorang berasa iri hati. Haziq ialah rakan sekerja Halim di pejabat. Haziq boleh dikatakan rakan karib Halim di Kuala Lumpur kerana sering membantu Halim jika mengalami kesusahan. Namun, dalam diam Haziq dengkikan pencapai Halim walaupun Halim tidak pernah melakukan kesalahan terhadapnya malahan Halim sendiri telah mengaku yang dia telah menganggap Haziq seperti adiknya sendiri. Pengakuan suci Halim seolah dipandang lekeh oleh Haziq dalam diam kerana hatinya telah dipenuhi dengan dendam dan dengki terhadap Halim. Dalam diam Haziq telah merencanakan pelbagai rancangan jahat untuk memusnahkan kerjaya Halim yang semakin cemerlang itu. 

       Satu kejadian telah mengemparkan ibu syarikat milik Dato’ Sukri. Sebuah bangunan telah runtuh. Lebih malang, bangunan tersebut ialah projek di bawah kendalian Halim. Kejadian tersebut turut menyebabkan lima orang pekerja Indonesia meninggal dua manakala dua orang lagi dikejarkan ke hospital kerana cedera parah dihempap batu dan dinding bangunan yang runtuh itu. Halim menjadi cuak dan panik. Hasil pemeriksaan mendapati bahan binaan yang digunakan untuk membina bangunan tersebut adalah dari bahan yang bermutu rendah serta tidak berkualiti. Selang dua hari, sebuah kejadian yang sama turut berlaku. Kejadian tersebut tidak menyebabkan sebarang kematian namuna lima orang pekerja dilaporkan cedera semasa bangunan tersebut runtuh. Halim merasa gementar kerana bangunan kedua yang runtuh itu juga adalah bangunan dibawah kendaliannya. Halim telah ditangkap polis hasil tuduhan menyebabkan kecuaian. Nasib malang Halim tidak berhenti begitu sahaja, dia juga dituduh melakukan pecah amanah kerana sejumlah besar wang telah ditemui dalam akaun simpanan peribadinya. Halim terus menerus menafikan dia melakukan perkara jahat seperti itu.

      Dato’ Sukri telah mengupah seorang penyiasat persendirian untuk menyiasat akan hal ini. Halim di lokap berterusan menidakkan setiap kali disoal siasat oleh pihak polis. Beberapa bukti telah ditemui hasil siasatan polis dan Dato’ Sukri juga telah mendapat bukti penting hasil siasatan penyiasat upahannya. Semua kejadian yang berlaku didalangi oleh Haziq. Sejumlah besar wang yang ditemui dalam akaun simpanan peribadi Halim juga adalah hasil kerja Haziq. Hal ini kerana, salah seorang pekerja syarikat telah terlihat Haziq membawa keluar fail projek secara sembunyi-sembunyi. Halim telah dibebaskan. Lima bulan selepas itu, Haziq telah didapati bersalah dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak RM500,000. 

Wednesday, 16 November 2016


IMAGINASI BERDASARKAN OBJEK


TONG SAMPAH

      Terdapat sebuah tong sampah yang diletakkan di tepi bangunan besar berwarna putih. Bersendirian ia di situ. Tong sampah tersebut berwarna hitam gelap. Di dalamnya dibaluti dengan helaian plastik yang juga berwarna hitam. Tong sampah tersebut dipenuhi dengan sisa-sisa makanan didalamnya. Ia kelihatan kotor dan berbau busuk. Pada pengamatan sesetengah mata kasar, ia mungkin tidak berguna dan jijik namun tong sampah dalam diamnya ialah suatu benda yang penting. Kesimpulannya, jangan merasa kotor akan sesuatu yang mungkin hanya berfungsi dalam keadaan menjijikkan, namun ia membawa makna besar dalam kehidupan seharian.



INDUKTIF



CONTOH AYAT : Pengurusan Industri Kreatif ialah satu pengurusan yang khusus dalam bidang muzik, filem, media interaktif dan animasi. Hal ini adalah untuk memajukan industri negara terutama dalam bidang industri kreatif. Tambahan pula, pengurusan ini adalah salah satu medium untuk pelajar-pelajar yang mempunyai minat untuk mencapai impian dalam bidang-bidang tersebut.